Kami adalah sebuah organisasi yang menyediakan kemudahan platform internet khusus untuk rakyat Malaysia sejak awal tahun 2000.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami adalah cukup bermutu dan menawarkan harga yang terendah di pasaran. Dengan bantuan teknikal daripada bekas-bekas pelajar I.T yang profesional di Malaysia, anda akan yakin dengan perkhidmatan yang bakal anda terima.

Prinsip yang diamalkan oleh TrueByte ialah berjasa untuk masyarakat. Dengan prinsip itu, kami cuba menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan sebijak mungkin supaya harga yang kami tawarkan sentiasa berada di paras minima. Bukan itu sahaja, dengan perancangan yang baik dari pakar-pakar kami, mutu dan kualiti kami juga berada di tahap yang boleh dibanggakan.
 

Web Hosting & Domain Services
MinefCreative Freelance WebDesigner
Mahasiswanegara.Com Portal Web
 
 
 
 

 

 
Diantara perkhidmatan yang kami tawarkan ialah seperti berikut :

1. Penyediaan Tapak Halaman Web (Web hosting)
2. Pembangunan Halaman Web (Web design)
3. Pendaftaran Domain (Domain registration)
4. Urusan Perpindahan Domain (Domain transfer)
5. Pendaftaran Domain Secara ‘Bulk’
6. Dan banyak lagi akan menyusul…

Teknologi yang digunakan di TrueByte adalah seperti berikut

Microprocessor
Processor #1 Vendor : GenuineIntel
Processor #1 Name : Intel(R) Celeron(TM) CPU 1300MHz
Processor #1 speed : 1297.166 MHz
Processor #1 cache size : 256 KB

Backbone Connection
Backbone Multihomed
UUNET/Savvis/Pajo-InterNAP (High Quality) Bandwidth

Lokasi Data Center
Amerika Syarikat Atlanta GA

Buat ketika ini kami masih lagi tidak dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih canggih seperti penerimaan kredit kad dan microprocessor yang lebih laju. Ini adalah kerana untuk mengelakkan perbelanjaan besar yang terpaksa ditanggung oleh kami sekaligus mengakibatkan kami tidak dapat terus menawarkan perkhidmatan dengan harga yang sebegini rendah.

Walaupun harga yang ditawarkan oleh TrueByte adalah begitu rendah, ini tidak bermaksud mutu perkhidmatan pun begitu jua. Untuk maksud itu, semua pelanggan TrueByte akan dilengkapi dengan skim ‘Insurans Uptime’ dan ‘Tabung Bandwith’ supaya jaminan mutu perkhidmatan kami kepada pelanggan semua berterusan.

Jadi tunggu apa lagi, marilah mulakan langkah pertama anda di dunia pembangunan halaman web dengan TrueByte!

‘ Melangkah kehadapan bersama TrueByte ’

Salam Mesra,

Mohd Addin Bin Ruslan
Specialist Senior Executive
Technical Support Department
True Internet Solution